You can also download in the form of PDF Format by clicking here
TATATERTIB DAN PERATURAN-PERATURAN
KURSUS PENGHAYATAN ISLAM KE -16
A TATATERTIB DAN PERATURAN SECARA UMUM
Semua peserta diwajibkan mematuhi segala peraturan atau arahan yang telah ditetapkan bagi menjamin kelancaran perjalanan kursus.
Semua peserta diwajibkan menghadiri semua aturcara atau program yang disusun. Mereka hendaklah bersikap sedia berada di tempat majlis diadakan lima minit sebelum dimulakan.
Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seperti berikut :
i. Majlis Perasmian - Baju Melayu Lengkap (Bersampin)
ii. Waktu Siang - Pakaian Rasmi
iii. Waktu Malam - Baju Melayu atau Kemeja
iv. Peserta perempuan diwajibkan memakai tudung.
Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari Kolej kecuali setelah mendapat kebenaran daripada pihak Urusetia Kursus.
Peserta-peserta yang sakit atau keuzuran tertentu hendaklah segera memberitahu kepada pihak Urusetia Kursus.
B. TATATERTIB SEMASA MENGIKUTI CERAMAH
Semua peserta diwajibkan mengikuti setiap ceramah yang diadakan dengan menepati masa yang ditetapkan.
Semua peserta amat digalakkan mencatat isi-isi penting setiap ceramah yang diadakan.
Peserta hendaklah menyediakan soalan-soalan sekiranya berlaku kekeliruan atau kesamaran atau kemusykilan terhadap ceramah yang disampaikan.
Semua peserta tidak dibenarkan beredar dari majlis kecuali setelah mendapat arahan daripada Pengerusi Majlis.
C. TATATERTIB SEMBAHYANG DAN SEMASA BERADA DI SURAU
1. Semua peserta diwajibkan bersembahyang lima waktu dengan berjemaah.
2. Semua peserta diwajibkan menjaga adab-adab tatkala berada di rumah Allah. Adalah dilarang keras berbual-bual kosong, menyanyi, membuat bising dan lain-lain kerja yang boleh mencemar kesucian rumah Allah.
3. Semua peserta adalah diminta untuk membersihkan diri, berpakaian bersih dan berwuduk serta menunggu waktu sembahyang di Surau.
4. Semua peserta amat digalakkan untuk menunaikan sembahyang sunat dan membaca Al-Quran semasa berada di Surau.
D. TUGAS KETUA-KETUA KUMPULAN
1. Hendaklah mencatat kehadiran ahli anggotanya dan melapurkan kepada pihak Urusetia Kursus.
2. Hendaklah berusaha mewujudkan persefahaman, kerjasama dan bersemangat ikhlas sesama ahli anggotanya.
3. Hendaklah melapurkan kepada pihak Urusetia Kursus andainya terdapat ahli-ahli anggotanya yang bersikap di luar batasan atau tidak mematuhi arahannya.
4.Hendaklah melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.
E. TUGAS AHLI-AHLI KUMPULAN
1. Hendaklah mematuhi dan melaksanakan segala arahan Ketua Kumpulan.
2. Hendaklah berkerjasama dengan pihak Ketua dalam mewujudkan persefahaman kerjasama dan semangat ukhwah sesama anggota mereka.