Subscribe News Feed Subscribe Comments

Few Words From Farzan

Assalamualaikum Warahmatullah

Sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini, kita sepatutnya bersyukur ke hadrat Nya kerana telah membenarkan kita hidup dengan nikmat-nikmat yang cukup besar. Apa maknanya syukur tanpa penghayatan ke atas agama Nya sendiri. Adakah bersyukur itu hanya dengan sekadar mengucapkan Alhamdulillah atau dengan menyerahkan diri kita kepada Yang Maha Esa dengan menambahkan lagi amalan kita kepada Nya.

Jadi Alhamdulillah, kita akan menjalani satu minggu penuh makna, Minggu Penghayatan Islam. Ini bermakna penghayatan itu perlu perlu berterusan dan menjadi permulaan bagi yang belum pernah menghayati dan menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan lagi perjuangan fisabilillah. Penghayatan itu perlu sentiasa ada pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Langsung menjadikan Islam sebagai gaya hidup kita kearah seorang insan yang berjaya di dunia dan juga akhirat.

Islam itu agama yang indah bukan seperti yang dikhabarkan oleh dunia barat. Oleh itu, sebagai Muslim marilah kita muhasabah diri mulai saat ini dan lihat mengapa pandangan sebegitu boleh terlahir dari mulut-mulut mereka. Buktikan bahawa Islam itu agama yang benar dan boleh diterima umum seperti mana penerimaannya ketika Rasulullah dan para sahabat menyebarkannya.

Diharapkan melalui program Minggu Penghayatan Islam ini, kita dapat memantapkan lagi iman dan mengukuhkan pegangan kita terhadap Islam sebagai pelajar yang bakal menjelajah dunia dan bakal pemimpin. Semoga Allah memberkati program ini, membuka pintu hati kita dan melimpahkan rahmatNya ke atas kita semua. Wallahualam…



Mohamad Farzan Bin Mohamad Fadhlillah

Presiden MPP 08/09

Kolej MARA Banting


0 comments:

 
Students Representative Council | TNB